Sempena hari guru 2016, salah seorang ahli CV telah menulis sebuah cerita pendek . Plus, it is a true story. Hope you enjoy reading !
TENTANG KAMU DAN AKU…
Bunyi derapan kasut seorang guru yang
berkarisma kedengaran. Kelenjar adrenalin mula memainkan peranan. Tanpa
disangka-sangka peluh renek debaran membasahi pelipis nipisku. Dengan sepintas
lalu, kenangan berbual bersama kawan-kawan baruku mengenai guru-guru menjengah minda.
“Dalam
kelas ni takde pun guru yang garang. Rilekslah steady je,”ucap seorang pelajar perempuan yang baru dikenaliku itu
setelah aku bertanyakan tentang bakal guru-guruku yang akan mengajarku sebagai
seorang pelajar baru di sekolah ini.
Aku
sebolehnya ingin menyelidik sedikit sebanyak tentang watak dan perwatakan
guru-guru kelas ini bagi memudahkan proses komunikasi dan interaksi antara
guru-guru dan diriku nanti.
“Tapi
adalah yang garang sorang ni, cikgu Bahasa Melayu,”sampuk seorang kawan baik
kepada pelajar perempuan yang baru aku kenali itu.
Hati
tiba-tiba berdebar. Fikiran mula mencongak perwatakan yang dimaksudkan itu.
‘panas barankah?’, ‘kaki pukulkah?’ atau…
Belum
sempat aku memikirkan lebih jauh tentang perwatakan guru Bahasa Melayu itu yang
membuatkan aku seram sejuk, budak perempuan tadi menyambung lagi.
“Bukan garang sangat pun. Suka berteriak je kalau
pelajar-pelajar tak siapkan kerja yang dia bagi.”
Hati
sedikit lega mendengarkan alasan itu. Hmmm..biasalah kalau cikgu berteriak
mahupun mengamuk sakan kalau pelajar sendiri tidak siapkan tugasan yang diberi.
Kalau ditakdirkan aku menjadi seorang guru pun, mungkin aku juga akan
berperwatakan seperti itu juga. Lumrahlah….
Bunyi
ketukan di pintu dan salam yang diberi mematikan lamunanku. Mataku tertancap
pada figura yang tinggi lampai, sotisfikated
dan agak bergaya pada pandanganku. Mataku juga tidak lepas memerhatikan wajah yang
dicalit dengan make up nipis itu.
‘cantik!’, puji hatiku spontan. Lantas aku berdiri tegak tanda hormat dan
menjawab salam yang diberikan oleh guru itu.
“Ok, hari
ini kita akan buat Tatabahasa. Cikgu akan berikan kepada awak semua soalan dan
jawab dalam masa 15 minit. Lepastu baru kita bincang,”jelas guru itu dengan
lancar dengan ayat yang tersusun.
Kedengaran
ada pelajar yang mula mendengus kerana masa yang diberi untuk menyiapkan
tugasan yang diberi terlalu singkat bagi mereka. Ada juga pelajar yang hanya
berdiam diri dan meneruskan tugasan tersebut . ‘Mungkin itu kalangan pelajar
pintar kelas ni,’bisik hatiku lagi.
“Minggu
depan cikgu akan semak fail awak semua. Fail siapa yang tak lengkap, cikgu akan
denda,”tajam matanya melirik akan pelajar-pelajar dihadapannya. Liurku ditelan
kejap .
“Cikgu!.
Ada pelajar baru,”pelajar perempuan yang menemaniku sejak tadi memecah
kesunyian kelas itu. Guru itu berpaling dan terus mendekati diriku. Dia terus
menanyakan aku tentang perihal sekolah lama, tentang silibus yang sudah aku
belajar dan seumpamanya.
Di dalam
bilik tidurku,fikiranku ligat melayang. Hmmmm…Cikgu Nora. Ya, namanya Nora .
tapi nama penuh dia apa ek? Alaaa lupa nak tanya kawan-kawan . Hmm tak kisahlah
apa-apa pun. Yang penting aku perlu mencari sebuah fail. Cikgu itu menggunakan
fail dan kertas kajang sebagai modul pengajarannya. Hmm..menarik. lain daripada
yang lain.
Hari-hariku
tiada masalah belajar bersama Cikgu Nora ,lagipun aku tidak ada membuat
sebarang masalah. Hahaha….
Tapi ada
jugak time terkejut tu. Bilamana ada rakan sekelasku tidak mampu menyiapkan
tugasan yang diberi dalam waktu yang ditetapkan ataupun tidur. Hishh kalau aku
guru pun, aku akan angin satu badan mempunyai pelajar berperangai sebegitu.
Cikgu
Nora…saban hari belajar bahasa kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu
bersamamu membuatku terpegun. Tidak ku sangka, aku lebih cepat memahami setiap
topik yang diberikannya. Dulu aku bersangka bahawa guru Bahasa Melayu di
sekolah lama ialah guru yang terbaik kerana aku selesa belajar bersamanya tapi
saat aku berjumpa dengan seorang jelitawan ini, sangkaanku meleset. Ada lagi
rupanya guru yang mampu aku labelkan sebagai guru terbaik. Setiap silibus
diajar dengan sempurna. Sekiranya masih ada pelajar yang gagal, aku boleh
katakan bahawa itu hasil dari sikap diri mereka sendiri dan bukan disebabkan
guru ini.
Permulaan
belajar bersamanya membuatku berasa kekok. Setiap tugasan yang diberi pasti aku
akan siapkan on time kerana bimbang
sikap garang yang kawan-kawanku ceritakan itu ‘keluar’ . Tapi lama-kelamaan
hatiku sudah jatuh suka dengan cikgu ini bukan sahaja kerana komitmennya
sebagai seorang yang mengajar subjek Bahasa Melayu tetapi auranya membuatkan
aku ingin menjadikan beliau sebagai idola. Cantik, pandai bergaya dan paling
penting masih menutup aurat. Respect!
Alam
tingkatan lima mula aku jejaki. Cikgu Nora masih mengajar kami . Aku bimbang
sebenarnya sekiranya Cikgu Nora akan lebih tegas terhadap kami kerana tahun ini
merupakan SPM. Awal tahun, ya aku akui agak letih. Semua subjek perlu aku asah
dengan gigih termasuk Bahasa Melayu. Tugasan yang diberi juga masih sama
syaratnya iaitu hantar perlu on time
tapi yang peliknya denda RM 1 seperti tahun lepas nampaknya sudah
lenyap.Entahlah kenapa…mungkin Cikgu Nora mempunyai caranya yang sendiri untuk
mengubah cara pengajarannya, maklumlah beliaukan seorang yang versatile !.
Hari
lahirnya kian mendekat. Beliau juga sudah memberitahu kami awal-awal bahawa
tidak lama lagi umurnya akan masuk siri 40-an. Kami sengaja buat seperti tidak
terlalu mengambil kisah tentang perkara itu kerana ingin merencanakan sebuah
kejutan. Kami bersepakat ingin memungut wang RM 2 setiap orang dan memulakan
perbincangan surprise yang bakal tiba
itu. ‘Harap-harap beliau suka,’bisik hatiku.
Petang itu
sebelum membuat stayback dengan
kawan-kawanku, kami bercadang ingin ke pasaraya terdekat terlebih dahulu untuk
membeli aksesori-aksesori untuk membuat kek. Aku dan tiga orang lagi kawanku
pergi ke pasaraya tersebut menaiki motosikal dua orang daripada kami. Maklumlah
awal tahun dahulu, aku masih belum mahir untuk menunggang motosikal sendiri dan
terpaksalah menumpang kawan. Nasib baik juga aku mempunyai kawan-kawan yang
memahami dan tidak kekok untuk membantu. Kami membeli beberapa barangan seperti
coklat untuk dihiasi di atas kek. Barangan lain seperti ceri dan bunga hiasan
sudah dibeli oleh seorang kawanku dari seberang Thailand kerana barangan
tersebut sukar didapati di kawasan kami iaitu Rantau Panjang. Oleh sebab itu,
terpaksa kami mengambil bekalan dari negara seberang. Hahaha…
Setelah
siap membeli coklat tersebut, kami kembali ke sekolah untuk meneruskan aktviti
belajar berkumpulan. Seperti kebiasaan, kami meninggalkan beg di sebuah kelas
kosong berdekatan dengan dataran. Kami hanya membawa alat tulis dan modul
pembelajaran untuk belajar di tempat yang lebih santai.
Setelah
siap diskusi berkaitan dengan pelajaran, kami kembali ke kelas tersebut untuk
mengambil semula beg-beg kami untuk pulang ke rumah memandangkan jam sudah menunjukkan
pukul 5.30 petang. Kelihatan suasana sekolah pada ketika itu juga agak riuh
dengan pelajar-pelajar lain yang mempunyai aktiviti sukan sebelah petang.
Setibanya aku dikelas tempat yang menempatkan beg-beg sekolah kami itu, mataku
terbuntang. Hatiku dirasakan seperti remuk .
“Kenapa
Ika?,”soal salah seorang daripada kawanku kerana mungkin pelik dengan reaksiku
itu.
Bibirku
tidak mampu berbicara. Hanya jari telunjuk memainkan peranan. Kelihatan semua
kawan-kawanku juga terkejut dengan apa yang terjadi. Coklat bebola yang baru
dibeli tadi hanya tinggal plastik pembalutnya. Hatiku masih tidak puas. Kaki
diatur ke arah tong sampah. Belum sampai lagi ke arah tong sampah,
plastik-plastik pembalut coklat itu sudah bertebaran beberapa meter sahaja dari
kelas tersebut. Sampai hati orang yang melakukan perkara ini. Tidak semena-mena
, air mataku gugur perlahan-lahan. Tanganku menyeluk poket untuk melihat baki
wang yang masih ada untuk membeli semula coklat itu. Rm2 ?. Tidak dapat ku menahan rasa. Ingin berpatah
balik ke pasaraya tadi sudah terlewat. Abahku juga mungkin sudah sampai untuk
menjemputku. Hatiku sudah mula tidak keruan. Rasa marah, geram semuanya
bercampur . Aku sabarkan sahaja.
Salah
seorang daripada kawanku menawarkan diri untuk sponsor coklat tadi kerana
kebetulan juga arah pulang ke kedai ibunya berdekatan sahaja dengan pasaraya
itu. Saat itu lidahku kelu. Bersyukur ya Rabb !
Setelah
menunaikan solat asar, aku segera ke dapur. Tepung, serbuk koko, ku ambil
sukatannya. Tangan ligat membuat itu dan ini. Tepat azan maghrib melaung,
adunan kek coklat itu sudah selamat berada dalam pengukus. Aku segera
menyiapkan diri untuk ke tuisyen malam pula sambil ingin mengambil bekalan coklat
yang dibeli oleh sahabatku itu.
Jam sudah
menunjukkan pukul 12 malam. Aku masih didapur. Masih tidak berpuas hati dengan
hasilku. Tulisan yang menunjukkan nama Cikgu Nora mulai senget.
Aksesori-aksesori di atas kek mulai jatuh. Mata tidak tahan kantuknya. Aku
berkira untuk memasukkan kek tersebut ke dalam peti dan ingin modify kek tersebut semula pada pukul
2.30 pagi.
2.30 pagi.
Orang lain mungkin lena dibuai mimpi. Aku masih tekun membancuh semula topping kek tersebut dan memasaknya. Aku
balikkan semula kek tersebut dan menghiasnya kembali. Ku bawa kek, topping dan alatan-alatan yang
diperlukan ke bilik tidurku kerana bimbang mak atau abahku akan tersedar dengan
bunyi senduk-senduk yang berlaga itu. Ku gagahi mata, ku ligatkan tangan dan
akhirnya…aku tersenyum. Alhamdulillah ya Allah !
Keesokan
paginya aku ke sekolah membawa kek. Kawan-kawanku sudah berbincang cara-cara
untuk menyambut Cikgu Nora untuk memberi kejutan kepadanya. Meja guru di
hadapan kelas sudah dihiasi. Senyuman dariku dan kawan-kawan tak lekang dari
bibir. Masing-masing tidak sabar ingin melihatkan ekspresi muka Cikgu Nora.
Bikin saspen!
Detik itu
tiba jua. Kami amat gembira melihat kegembiraan terpancar pada wajah Cikgu
Nora. Tuturnya murah dengan ucapan terima kasih. Pelajar perempuan
masing-masing berpelukan dengannya. Nikmat kasihnya guru terhadap pelajar
menyerap di setiap urat sendi kami. Kemeriahan sambutan hari lahir Cikgu Nora
yang serba sederhana itu membuatkan beliau murah hati untuk membatalkan
pengajarannya dalam kelas kami pada waktu itu. Ekpresi kami? Melompat-lompatlah happy. Mana tidaknya, Cikgu Nora sangat berwibawa dan tidak pernah
mengabaikan tugasnya sebagai seorang guru. Sekali dia bagi pelepasan,
tersenyumlah weiii…
Sesi
bergambar bermula. Video juga diambil sebagai kenangan. Hal-hal disiplin sudah
diabaikan kerana sibuk ingin meraikan hari istimewa itu. ‘Hahaha,’gelak jahat
dalam hati. Tetapi apa-apa pun, aku sangat bersyukur pada hari keramat itu
kerana ia merupakan satu kenangan yang tidak akan mungkin terpadam sampai
bila-bila dalam diri ini. Pada hari itu, dua jiwa bersatu antara pelajar dan
guru, kasih bersemi, sayang terbukti dan kerinduan bakal menyapa.
Selepas
beberapa minggu selepas itu, kami sekelas dikhabarkan dengan berita gembira. Kami
bakal dapat adik ! yessssss!!! Cikgu
Nora disahkan mengandung. Paling teruja , akulah. Hahaha…macam anak aku la
pulak kan !
Cikgu nora berusaha keras sejak itu. Kelas
tambahan pada setiap petang diteruskan .Kata beliau, bimbang nanti dia akan
mengalami ‘morning sickness’ yang
mungkin bakal menganggu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kelak.
Mulia sungguh hati guru ini !
Pada
tanggal 16 mei 2015 dimana ia merupakan tarikh keramat buat para guru, Sambutan
Hari Guru disambut dengan meriah di sekolah. Para guru kelihatan sangat gembira
apatah lagi kami semua sebagai pelajar kerana proses pengajaran dan
pembelajaran(P&P) tiada pada hari itu. Kami mengambil peluang untuk
menghilangkan tekanan memikirkan peperiksaan penting yang bakal menjelma tidak
lama lagi
Kami
mencari-cari wajah guru-guru yang mengajar kelas kami di atas pentas di
dataran. Wajah mereka kelihatan sangat gembira tetapi mata ini terpandang akan
Cikgu Nora, wajahnya kelihatan sugul.
“Tengok
Cikgu Nora tu. Kenapa dia nampak lain. Tak ceria macam biasa?” soalku kepada
kawan-kawan sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah Cikgu Nora.
“Tak tahu
lah. Mungkin cikgu ada masalah kot,” jawab salah seorang daripada
kawan-kawanku. Mereka juga jelas menunjukkan sikap tertanya-tanya dengan sikap
Cikgu Nora pada ketika itu.
Ketika kami
semua berjalan-jalan di blok kelas kami, kami terserempak dengan Cikgu Nora di
pintu tandas guru perempuan blok itu. Dengan senyuman manis, kami semua
mengucapkan selamat hari guru. Beliau juga tersenyum manis dan mengucapkan
terima kasih atas ucapan kami itu .
“Sebenarnya
cikgu keguguran,”Cikgu Nora memecahkan kesunyian antara kami. Wajah kami jelas
terkejut. Aku apatah lagi . Hati rasa ingin menangis mendengarkan khabar itu .
“Jadi cikgu
akan bercuti dua minggu mulai besok. Awak semua buat tugasan yang cikgu
tinggalkan nanti ya,”sambungnya lagi.
Walaupun
melalui saat yang amat menyedihkan, dirinya sempat memikirkan lagi tentang diri
kami. Aku tahankan air mata daripada gugur. Kami hanya mengangguk perlahan.
‘Sabarlah
cikgu. Rezeki Allah maha luas . insyaAllah, Allah akan menggantinya dengan
rezeki yang lebih baik,’doaku dalam hati.
Pertengahan
tahun. Tugasan yang diberi makin menimbun. Tekanan kian menggunung. Tetapi diriku tahu, ia demi masa hadapanku.
Paling penting sekiranya bakal menjelang peperiksaan, hati tidak akan runsing
kerana persiapan yang disediakan oleh Cikgu Nora sudah memadai. Aku hanya perlu
membelek fail untuk mengulangkaji. Itulah kelebihan yang ada pada diri Cikgu
Nora, mampu menolak tekanan yang menimpa pelajar-pelajarnya berkaitan dengan
subjek Bahasa Melayu menjelang musim peperiksaan.
Paling
sebak hatiku apabila cikgu bertubuh tingga lampai ini sanggup berulang-alik
dari rumah ke sekolah pada malam hari ketika kelas tambahan pada waktu malam.
Sanggup dirinya meredah malam yang banyak kesan buruknya demi kami semua, anak
didiknya . Oleh sebab itu, aku jadi marah jika ada dari kawan-kawanku hanya
mampu memberi alasan ‘malas’ untuk menghadirkan diri ke kelas tambahan tidak
kiralah siang mahupun malam.
Ya..duniaku di sekolah menengah sudah berakhir . Apa yang paling aku
gembira adalah melihat kegembiraan di wajah Cikgu Nora kerana aku berjaya
mendapat A+ dalam subjek Bahasa Melayu. Hatiku berasa lega .Syukur ke atas
hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahi-Nya ini. Kini, kaki ini hanya satu
tapak lagi untuk ke menara gading . Di celah-celah kegembiraanku, ada juga rasa
sayu ingin meninggalkan para guru terutamanya Cikgu Nora, antara cikgu yang
paling aku sayang.
“Nanti
lepas ni, selalulah contact
cikgu,”pesan Cikgu Nora pada suatu ketika dahulu.
“Kebanyakannya yang rapat dengan cikgu akan diam je lepas masuk
universiti,”sambungnya. Mataku tidak dapat menahan sebak. Kalaulah boleh
dilafazkan janji keramat, akanku ungkapkan kepadamu wahai guru . Akanku
sematkan nama dan dirimu dalam diri ini. Tapi
apakan daya, aku tidak mampu berjanji. Aku manusia biasa, mungkin
terleka jua suatu hari nanti, tapi aku akan berusaha dan berdoa, jika Allah swt
izinkan…aku takkan lupakan jasamu, kasihmu dan segala tentang dirimu .
Salam sayang,
Sedihhhhhhh!!! Aku nk blogging jgok tpi x ingt password..
ReplyDeletetrbAIKK arr..bnyk giler citerr yg dikonsi ..haha
ReplyDelete