Skip to main content

bulan Ramadhan tahun ni korang buat apa?

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!! alhamdulillah tahun ni kita masih diberi kesempatan untuk merasai manisnya Ramadhan ... manis? manis cane sis?? ada tak rasa macam air tebu @ air kelapa @ air cendol?? hmmm?? eh tak tak !! bukan manis tu la.. tu manis jgk. tu manis makanan ...kat bazar ramadhan ko cari la sndiri ..

manisnya Ramadhan ni mksdnya bulan ni kan lebih baik dari seribu bulan dimana amal ibadat yg kita lakukan dilipat gandakan pahalanya. korang tak happy ke ALLAH nk bagi korang pahala lebih ??  mesti happykan ! tapi tapi tapi ...... nak pahala kena rajin buat amal kebaikan. dah ko terlentok depan tv, tidur 24/7 , merayap tak tentu pasal, solat entah kemana takde maknanya nk rasa manisnya ramadhan !  tawaqq hebeqq adalaahhhhhh...

Jadi mcm mana kita nk nikmati manisnya Ramadhan tu? Jom checlist diri !
ok first, korang kena buat apa yg wajib dulu. APA ? macam niat dan yg sama waktu dgnnya.. alah yg ni korang dh belajar sejak tadika kot takkan tak tahu lagi. EH ADA KE YANG TAK TAHU ??? Baru nk puasa? tahun-tahun lepas tak pernah puasa ? hmm mcm ni..kita manusia biasalah tak pernah lari dari kesilapan. Yang tak pernah puasa, cuba puasa tahun ni . TAK TAHU CARA? apa guna ada ustaz, ustazah kat dunia ni kalau malu nak tanya. tak pun, google je . kan senang !

ok sis nk teruskan dgn apa yg sis nk tulis ni.. untuk menikmati manisnya ramadhan, lepas bersahur cuba jangan tidur . Tunggu azan, buat solat sunat rawatib, solat subuh dan ambik al-Quran. Al-Quran tu bukan suruh ambk saja tau ! beleklahh.. bacalah atleast satu helai ke satu muka ke.

SOLAT DHUHA ...
haaa yang ni pun jangan lupa buat tau ! kalau kita dah ajar diri kita untuk amal solat dhuha ni,, insyaALLAH lekatlah tu dalam diri. Dan tiba satu masa, korang akan rasa tak lengkap kalau tak buat solat dhuha ni ...

SOLAT FARDHU ..

Buat awal waktu eyhh.. setan dah takde bulan ramadhan ni . Nanti mengamuk setan tu korang salahkan dia sbb lengah2kan solat . Jadi, bulan Ramadhan ni lah korang nak latih diri utk jadi lebih baik, solat awal waktu .. hmm yang lengah2kan solat tu? hmm korang kot yg setan selama ni ..
konklusinya, buang perangai setan dalam diri tu.


WAKTU BERBUKA ...

penuh meja makan ... akok kedut, murtabak, ayam madu, ayam percik, air sirap bandung, air tebu..huiiiiii gilerrr banyak. Senang citerr atas satu meja makan tu mmg penuh dengan makanan . Pinggan nasi pun takdakk tempat nk letak.. ini lah pembaziran ! takmboh takmboh macam ni !
cukuplah sekadar sederhana. ALLAH kurniakan kita ni perut, bukannya tong drum. Agak2lahhh nk melantak pun..
sebelum masuk waktu berbuka tu dlm kira-kira 10 atau 5 minit ke, doalah.. waktu ni waktu mustajab doa .. insyaALLAH ALLAH makbul .
-mulakan berbuka dgn buah kurma. TEKAK DAH HAUS TAK TERTAHAN SIS..CANE??..alah dah berbelass jam kau puasa takpe je.. ni kan nak habiskan sebiji buah kurma pun susah. Cuba amal dulu makan buah kurma dulu baru makan benda lain, lama-lama biasalah tu.. pastu korang nak bantai 10 jenis air sekaligus pun, korang bantai lahhh.. takde orang nk larang pun..and makan tu, jangan banyak sangat . Kan kena ada orang usung kau pulak nk pi solat. taknak la camtu ! nanti nk solat tak selesa ..


ADUHHHH ANGIN..

biasalah kadang-kadang time berbuka kita bantai je makan . Tengah-tengah duk makan nampak air bandung, sambar air bandung..pastu sambung makan.. duk ralit-ralit makan ,nampak sedap pulak air cincau..pi bantai lagi air tengah-tengah duk makan.. haa ni yang masalah ni.. cara makan salah ! mana boleh korang minum air time tengah-tengah duk makan. Lainlah kalau tercekik. Kang tercekik tak minum air tak sempat nk solat terawih ni. Mati time-time tu jugak (eee mintak simpang).. ok ok ok sis teruskan perbincangan sis ni. Kalau dah tersalah makan, biasalah time-time tu jugak angin datang. Duk bunyi grokkkk grokkk grokkk dalam perut .. pakai minyak angin tak jadi jadi.. Jadi sis cadang korang ambk halia dlm sebesar ibu jari, tumbuk sikit and rendam dalam air suam.. baca al-fatihah and then tiup dalam air..pastu minumlah..insyaALLAH ok la tu yg grokkkk grokkk tu.


SOLAT TERAWIH..

hanya ada dalam bulan Ramadhan. Rugi sape tak nak ambik peluang . Kalau tahun-tahun lepas tak pernah pergi, tahun ni pergi eyhhh..




Comments

Popular posts from this blog

Tips utk IPG

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhhhhhhhhhhhhhh..... ehem ehem oo baca entry ni ada niat nk masuk ipg ka? hmm sebab apa ehh? elaun ke minat? tanya dulu diri kita sama ada kita ada pasang niat nk masuk ipg ni sebab minat ke, mak bapak paksa ke, atau sebab elaun yg boleh dikatakan agak lumayan la utk pelajar..haa dh ada jawapan??.hmm ok kalau dah ada jawapan meh kita pergi kepada tindakan yang patut diambil pulak ! ajommm !!.. ok kat sini aku nk cakap tindakan selepas dah ada jawapan kenapa korang nak masuk ipg ada dua je.. 1'st, terima dengan hati terbuka..2nd, tolak sebab ramai lagi yang nak jadi cikgu dik kat luar sana. Korang kalau dah tak minat nak jadi cikgu pabila paksa diri menceburi diri dalam bidang ni,,ni yg menyebabkan murid-murid tak dapat nak terima cara pengajaran cikgu-cikgu zaman sekarang . Cikgu buat kerja cara terpaksa . TAK MAU LA MACAM NI ! kalau nak jadi cikgu, biar ikhlas ehh dari hati, barulah kita dapat deliver cara pengajaran kita dengan berkesan ! ohh...

kisah di matrikulasi..

haaaaaaa sape nk dengar kisah di matrik? best ke idok??!! ho meh meh meh baca... dulu masa form five memang target kitorang(CV) nak masuk matrikulasi ataupun asasi.. alahhh fikiran tak meluas lagi masa tu.. apa org kata?? katak bawah tempurung kan .. haa sama la tu dengan kami.. bunyi perkataan matrikulasi tu kira hebat la tu .. Dulu masa form 5 acah2 nk kredit je subjek  sains sebab kononnya nak baiki result dekat matrik nanti ..hohohoho...(angannya lah).. pastu kononnya lagi baru nk buat degree kat mana2 ipta.. USM macam best je kannnnnnnn!!! sebab apa kami kata best? sebab kami dah pernah merasai kehidupan sebagai pelajar di USM tapi tak lama,,3 hari 2 malam je.. ehhh itu pun kira rezeki apa?! kau hadooo??!! hihihi sorry sorry tak sengaja tergurau pulak . Hiks ! ..and nak jadi kisahnya, masa nk dekat SPM dulu, kaunselor panggil lah kitorang(CV) dtg menghadap..heheheheee ..EHHH stop salah sangka ! kami bukan buat kesalahan disiplin tau tapi ...kaunselor nk jumpa sebab kami ni ...

Sempena hari guru 2016, salah seorang ahli CV telah menulis sebuah cerita pendek . Plus, it is a true story. Hope you enjoy reading !

TENTANG KAMU DAN AKU…               Bunyi derapan kasut seorang guru yang berkarisma kedengaran. Kelenjar adrenalin mula memainkan peranan. Tanpa disangka-sangka peluh renek debaran membasahi pelipis nipisku. Dengan sepintas lalu, kenangan berbual bersama kawan-kawan baruku  mengenai guru-guru menjengah minda.     “Dalam kelas ni takde pun guru yang garang. Rilekslah steady je,”ucap seorang pelajar perempuan yang baru dikenaliku itu setelah aku bertanyakan tentang bakal guru-guruku yang akan mengajarku sebagai seorang pelajar baru di sekolah ini.     Aku sebolehnya ingin menyelidik sedikit sebanyak tentang watak dan perwatakan guru-guru kelas ini bagi memudahkan proses komunikasi dan interaksi antara guru-guru dan diriku nanti.    “Tapi adalah yang garang sorang ni, cikgu Bahasa Melayu,”sampuk seorang kawan baik kepada pelajar perempuan yang baru aku kenali itu. ...