Skip to main content

TRAVELOG IPG : HAUNTED SERIES


TRAVELOG ASRAMA
(ni kisah Kak Dila, Kak jep, Sabrina n Zalika)

Bab 1
Dulu masa PP, senior ada cakap, blok kitorang paling keras a.k.a haunted tapi kitorang buat tak tau jek sebab kitorang xpernah alami suasana seram tu. Tapi pada suatu hari…

Masa tu Kak Dila tak duduk asrama sebab kaki dia retak main futsal syokk sangat. Jadi Kak Jep (roommate Kak Dila) akan angkut tilam dia ke dalam bilik kitorang (Sabrina n Zalika). Makan bulan jugak la kami berdua menyediakan bilik yang selesa untuk Kak Jep πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. And then, tibalah satu masa kami (Kak Jep n zalika) balik awal daripada orang lain. Sabrina pergi somewhere tapi tak ingat kat mana. Masa kami naik tangga menuju ke bilik, tiba-tiba dengar orang nangis (sayu bak hang, slow pulak tu ) . Pastu aku pun tanya Kakjep , “Kak Jep, dengar tak apa yang ika dengar?”..pastu Kak Jep pun angguk, “Kak Jep ingat ke Kakjep sorang je dengar, tu Kakjep senyap” hahahahahahahaha (dia takut rupanya). Pastu kami pun masuk bilik. Pastu aku duduk atas katil, kajep duk kat bawah. Kami senyap sebab nak tahu bunyi tu datang dari mana sebenarnya. Aku pun tekap telinga dekat dinding tepi katil aku, macam jelas la bunyi dia. Aku cakap kat Kak Jep, “Ika rasa kakak bilik sebelah ni yang nangis” pastu Kakjep cakap, “Kak Jep dengar sebelah nuu”(dia tunjuk ke arah yg bertentangan ) .
Kami pun keluar bilik sebab xpuas hati n cuba nak cari punca dari mana sebenarnya bunyi orang menangis (ehh orang ke?)😨. Pastu kami rasa bunyi tu datang dari bilik iron (selang satu bilik depan bilik kami). Pintu bilik iron masa tu terbukak sikit. Kami pun duk berdiri depan tu duk fikir nak tolak ke tak nak tolak. Masa tu suasana blok sunyi sangat sebab takde orang balik lagi, kitorang je yang paling awal. Duk fikir mungkin mak cik cleaner yang nangis . Sambil2 duk fikir nak tolak ke tak nak tolak, kami pun mengambil keputusan yang bijak iaitu dengan tidak menolaknya hhahahahaha.. takut wey kan tak pasal keluar benda lain baru padan muka..kami nak duk lama lagi kat asrama jadi tak nak benda macam tu mematahkan semangat kami nak duk asrama cehhπŸ’ͺ.  Tapi selepas tu, kami berdua masuk bilik n tak keluar2 sampailah Sabrina balik hhahhahaaa. Dan kesudahannya, kami tak tahu sape yang nangis tu tapi kami assume akak senior yang baru break up dengan pakwe dia kut yang nangis(husnudzon) (ehh dia dah balik kelas ke masa tu??! Erkk)😨😩😟😯

Bab 2
Kejadian ni berlaku masa PP SEM 2. Masa ni Kak Dila n Kak Jep dah tidur kat bilik diorang (depan bilik kami je pun). Aku ni spesies tidur awal. Kul 11 malam dah masuk Disneyland tapi Sabrina ni jenis yang suka mandi lewat, tidur lewat. Pastu pada malam tu (actually pagi sebab kul 1 a.m.), Sabrina kejutkan aku cakap ada orang ketuk pintu bilik kami. Aku tersedar terus mengucap panjang. Mana tak terkejut , pintu bilik kami tu dah la uzur , dia punya ketuk (actually bukan ketuk, dia lebih kepada pegang tombol n tolak ke depan n ke belakang…imagine la sendiri tak reti nak cakap sebab kena buat demo), macam nak tercabut bak hang. Aku Cuma takut satu je, kalau la ada perompak , mati aku n roommate malam tu. Sebab sebelum tu ada senior duk cerita yang sebelum ni pernah ada kes orang luar masuk dalam asrama . Diorang masuk bilik budak perempuan and pukau orang dalam tu . Jadi bila teringat , aku jadi takut la.  Otak aku duk pikir nak ambik pisau dah (senjata terakhir kalau perompak ceroboh) tapi roommate larang . Aku masa tu call semua manusia yang aku kenal tapi semua manusia tu tidur . Masa tu blok kitorang pun sunyi sepi , tak tahu jugak kenapa hari tu jugak la semua manusia tidur awal. Tapi nasib baik aku ada dalam group whatsapp JPP, aku suruh sape yang tak tidur lagi tolong panggilkan guard sebelum pintu kami roboh. Nasib baik ada la 2,3 orang yang tak tidur lagi. Dioranglah yang tolong. Diorang siap ambil gambar dari luar yg menunjukkan tiada tanda orang luar masuk. Pada masa yang sama , aku call Kak Jep, pastu tanya, “kakjep, dengar tak bunyi ketuk?”, dia xjawab. Tapi dia reply kat whatsapp cakap ya. Dia pun dah jadi takut sangatπŸ˜‚. Aku n Sabrina sambil2 tu duk tengok kat bawah pintu, so nampak la bayang2 hitam duk gerak kiri n kanan. Aku actually dah pakat dengan Sabrina nak jerit minta tolong sama2 . Aku bagitahu dia, aku kira sampai 3 baru jerit , ok. Baru aku kira 1, dia dah jerit, “Sape tu?”. Ya Allah, rasa nak cekik dia ni masa tu. Pastu ‘orang tu’ stop ‘hunggeh’ n bergerak ke sebelah (berdasarkan bayang yang kami nampak).. selang beberapa minit dia senyap, pastu dia tolak balik pintu  bilik kami . pastu senyap balik. Lepas dia senyap balik tu memang tak bunyi terus dah. Tapi ada satu hal lagi membuatkan aku tak tenteram nak tidur . Aku nak kencing tapi takut nak keluar. Masa tu aku nampak baldi n tanya roommate, bleh tak nak kencing dalam ni tapi dia tak bagi. Dia suruh pergi tandas jugak. Aku kata boleh tapi kena 3 orang gi tandas. Kena ajak kakjep sekali. Masa tu aku n Sabrina duk jerit panggil nama kakjep. Tiba-tiba masuk whatsapp dari kakjep, dia tulis macam ni, “Jangan panggil nama Kak Jep” kahakahakahkahkahakaaakah. Tapi aku reply je whatsapp dia cakap aku nak pergi toilet, dia sekeras-kerasnya cakap jangan. “Jangan pergi, kat luar tu bahaya”. Cuba bayangkan situasi aku masa tu , aku nak kencing sangat-sangat dan roommate tak bagi kencing dalam baldi n orang depan kata jangan keluar .. aku rasa teraniaya hahahahhaahhaa. Pastu tiba-tiba ada orang lalu (kami assume orang tu pergi tandas jugak). Roommate pun cakap, “ok , kita tunggu orang ni balik bilik dia dulu, pastu baru kita pergi (meaning situasi dah selamat la kan)”.. kami berdua tidur la meniarap macam askar depan pintu tu nak tengok sama ada orang tu dah lalu ke belum. Dan malangnya orang tu tak lalu lalu dah (bukan orang kut)😨. And then , YDP call aku cakap dia dah jumpa guard n kejap lagi guard akan round. Pastu aku cakap la aku nak pi toilet. Dia pun cakap ok sebab dia ada kat bawah. Haa masa tu baru aku rasa Allah bagi balik hidup aku haahhahaha. Tapi lepas balik tandas tu aku tak puas hati lagi kut2 penyamun tu duk menyorok dalam bilik aku ke masa kitorang gi tandas. Habis dalam almari, bawah katil, aku intai. Nasib baik takde. Lepas tu , kul 3 lebih pagi jugak la baru boleh tidur balik.
Cerita ni tak habis lagi, lepas seminggu dua jugak la ada kawan lelaki cakap, “ika, aku rasa hok ketuk bilik ika tu hantu la .. sebab senior lelaki pun ada dah kena sebelum ni”…. and cerita tu berakhir dengan bulatan ‘O’ dari mulut aku.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips utk IPG

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhhhhhhhhhhhhhh..... ehem ehem oo baca entry ni ada niat nk masuk ipg ka? hmm sebab apa ehh? elaun ke minat? tanya dulu diri kita sama ada kita ada pasang niat nk masuk ipg ni sebab minat ke, mak bapak paksa ke, atau sebab elaun yg boleh dikatakan agak lumayan la utk pelajar..haa dh ada jawapan??.hmm ok kalau dah ada jawapan meh kita pergi kepada tindakan yang patut diambil pulak ! ajommm !!.. ok kat sini aku nk cakap tindakan selepas dah ada jawapan kenapa korang nak masuk ipg ada dua je.. 1'st, terima dengan hati terbuka..2nd, tolak sebab ramai lagi yang nak jadi cikgu dik kat luar sana. Korang kalau dah tak minat nak jadi cikgu pabila paksa diri menceburi diri dalam bidang ni,,ni yg menyebabkan murid-murid tak dapat nak terima cara pengajaran cikgu-cikgu zaman sekarang . Cikgu buat kerja cara terpaksa . TAK MAU LA MACAM NI ! kalau nak jadi cikgu, biar ikhlas ehh dari hati, barulah kita dapat deliver cara pengajaran kita dengan berkesan ! ohh...

kisah di matrikulasi..

haaaaaaa sape nk dengar kisah di matrik? best ke idok??!! ho meh meh meh baca... dulu masa form five memang target kitorang(CV) nak masuk matrikulasi ataupun asasi.. alahhh fikiran tak meluas lagi masa tu.. apa org kata?? katak bawah tempurung kan .. haa sama la tu dengan kami.. bunyi perkataan matrikulasi tu kira hebat la tu .. Dulu masa form 5 acah2 nk kredit je subjek  sains sebab kononnya nak baiki result dekat matrik nanti ..hohohoho...(angannya lah).. pastu kononnya lagi baru nk buat degree kat mana2 ipta.. USM macam best je kannnnnnnn!!! sebab apa kami kata best? sebab kami dah pernah merasai kehidupan sebagai pelajar di USM tapi tak lama,,3 hari 2 malam je.. ehhh itu pun kira rezeki apa?! kau hadooo??!! hihihi sorry sorry tak sengaja tergurau pulak . Hiks ! ..and nak jadi kisahnya, masa nk dekat SPM dulu, kaunselor panggil lah kitorang(CV) dtg menghadap..heheheheee ..EHHH stop salah sangka ! kami bukan buat kesalahan disiplin tau tapi ...kaunselor nk jumpa sebab kami ni ...

Sempena hari guru 2016, salah seorang ahli CV telah menulis sebuah cerita pendek . Plus, it is a true story. Hope you enjoy reading !

TENTANG KAMU DAN AKU…               Bunyi derapan kasut seorang guru yang berkarisma kedengaran. Kelenjar adrenalin mula memainkan peranan. Tanpa disangka-sangka peluh renek debaran membasahi pelipis nipisku. Dengan sepintas lalu, kenangan berbual bersama kawan-kawan baruku  mengenai guru-guru menjengah minda.     “Dalam kelas ni takde pun guru yang garang. Rilekslah steady je,”ucap seorang pelajar perempuan yang baru dikenaliku itu setelah aku bertanyakan tentang bakal guru-guruku yang akan mengajarku sebagai seorang pelajar baru di sekolah ini.     Aku sebolehnya ingin menyelidik sedikit sebanyak tentang watak dan perwatakan guru-guru kelas ini bagi memudahkan proses komunikasi dan interaksi antara guru-guru dan diriku nanti.    “Tapi adalah yang garang sorang ni, cikgu Bahasa Melayu,”sampuk seorang kawan baik kepada pelajar perempuan yang baru aku kenali itu. ...