ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN BARAKAH !
Alhamdulillah pagi tadi berpeluang pergi kat surat dekat
rumah. Asalnya mak paksa, cakap hari ni ada solat sunat tasbih ..rugi tak
pergi. Jawapan yang asyik duk kasi kat mak, “haa tengok la dulu, mana tau sakit
perut”. Tapi mak beriya-riya paksa. Mak cakap pergi sendiri kat surau pukul
8.45 pagi, mak tunggu kat situ sebab mak dah pergi surau masa subuh lagi.. anak
dia hmmm,, masih bergelut dengan nafsu malas pergi.
Tapi dalam malas-malas, tak tahulah kenapa, pukul 8.45 kaki
ni laju je keluar rumah bawak telekung pergi surau. Sampai dekat surau je,
tengok kat bahagian lelaki ramai makcik-makcik tengah tadarus. Intai kat
bahagian perempuan pun sama. Tapi yang geramnya tak jumpa pulak mak aku. Mata ni
asyik duk ngintai je, kaki pun duk asyik melangkah sana sini dekat balkoni
surau. Nak masuk malu, ramai makcik-makcik..aku sorang je ke budak uhuhukk eh
remaja.. dalam 15 minit tak masuk lagi surau, aku dah rasa macam nak balik. Tapi
entah kenapa hati rasa macam nak tunggu lagi. lepas intai macam semua muslimat
dah beralih ke bahagian lelaki, aku bukak mata luas-luas cari mak. Sayup-sayup
dengar suara mak, laju je aku gi. Nasib jumpa dan nasib gatal tak balik lagi.
Lepas je laksanakan solat sunat tasbih, Ustazah ada pesan
beberapa perkara . Antarnya ni perkara yang dia pesan ,
1.
Bersyukurlah kamu dipilih oleh Allah untuk
berkumpul dalam majlis ilmu ni. Ya Allah rasa bersalah bercampur baur dengan
bersyukur. Masa kat rumah asyik cari alasan je taknak pergi majlis ilmu macam
ni, rupa-rupanya kita dah dipilih oleh Allah. Perasaan tu macam tersentak.
2.
Solat sunat tasbih ni nabi pesan buat paling
kurang dalam hidup kita ni sekali. Kat sini nak cakapnya betapa pentingnya
solat sunat tasbih ni. Tak mampu buat hari-hari, buat seminggu sekali, tak
mampu lagi buat sebulan sekali atau setahun sekali dan paling tak mampu buatlah
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Subhanallah, sungguh Rasulullah
menggalakkan melaksanakan solat sunat tasbih ni. Kita macam mana? Allah dah
bagi oksigen free untuk hidup. Allah bagi kita hidup, Allah bagi kita
kesempurnaan hidup, Allah letakkan kita dalam negara yang aman, Allah lahirkan
kita dalam Islam. Adakah kita sanggup tidak melaksanakan solat sunat tasbih
yang dipesan nabi sekurang-kurangnya sekali dalam hidup? Tanyalah diri kita,
sudah cukup ke amal kita, sudah layakkan kita untuk masuk syurga ALLAH, sungguh
tinggi ke darjat kita, sanggupkah kita hanya melaksanakan solat sunat tasbih ni
sekali dalam hidup setelah nikmat yang berlimpah ruah yang telah Allah
kurniakan ni? MasyaALLAH.
3.
Bulan Ramadhan ni, ALLAH BUKAKAN SEMUA PINTU
SYURGA SELUAS-LUASNYA, DAN TUTUP PINTU KESEMUA PINTU NERAKA (siap dikunci
kemas-kemas lagi oleh malaikat Malik) menunjukkan Allah ini ingin memberi
peluang untuk kita ke syurganya. Tetapi adakah kita ambil peluang itu? ada
dalam satu hadis menyatakan , “celakalah kamu sekiranya kamu tidak mendapat
keampunan Allah sesudahnya Ramadhan” dan Rasulullah sendiri mengaminkan doa
tersebut. SUBHANALLAH. MAHA SUCI ALLAH SWT TUHAN SEKALIAN ALAM. Sedarkah kita
di mana kita berada sekarang, masihkan haluan kejahilan yang kita pilih selama
ini atau jalan yang lurus iaitu jalan
menuju keimanan hakiki? REFLEK, SEDAR, PERBAIKI . sama-sama kita ingatkan .
4.
UJIAN ITU PERLU. Tanpa ujian, macam mana kita
ingin mempertingkatkan iman kita. dan berdoalah kepada ALLAH , “Jika ujian yang
Engkau berikan ini adalah untuk memhapuskan dosaku, maka hapuskan dosaku. Dan jika
ujian yang Engkau berikan ini adalah untuk mempertingkatkan darjatku, maka
kuatkanlah aku”.
5.
MINTA MAAF SESAMA SENDIRI. Kadang-kadang kita
berdoa tapi Allah tak makbul. Mungkin doa kita terhijab disebabkan salah silap
kita sama ada kita sedar ke tak. Jadi kesempatan ni jugak, saya mewakili diri
saya sendiri dan semua ahli CV ingin memohon maaf kalau ada salah silap. Moga segala
amalan kita ALLAH terima .
6.
Bulan Ramadhan ni jangan malas berdoa. Allah
suka hambanya yang suka meminta. Jangan pendam , luahkan. Allah ada. Allah Maha
mendengar.
7.
Bulan Ramadhan, semuanya pahala. Bernafas pun
pahala, tidur pun pahala, amalan sunat pahalanya diibaratkan seperti
mengerjakan amalan wajib, amalan wajib apatah lagi dilipatkali gandakan lagi
oleh ALLAH. SUBHANALLAH.
8.
Bacalah surah al-Ikhlas. Sebelum kita mati, at
least baca 70,000 kali surah al-ikhlas. Baca 3x surah al-ikhlas pahalanya
seperti khatam sebuah al-quran.
9.
Berdoalah moga kita dipertemukan dengan
lailatul-qadr. Malam yang dimana lebih baik dari seribu bulan . Subhanallah.
10.
Ambil peluang sebanyak mungkin. Lawan nafsu. Manusia
fitrahnya sukakan kebaikan sebab tu bulan puasa je nampak penuh je masjid
sedangkan bulan puasa ni manusia berlapar, berhaus. Sedangkan bulan-bulan lain
,tidak ramai orang ke masjid berbanding bulan Ramadhan. Kuasa syaitan dah
dilemahkan. Ada sebab lagi ke kita malas untuk beribadat?
Setakat ni je la coretan kali ni. Moga kita
semua berada dalam rahmat ALLAH, amal kita diterima, hidup kita diberkati, mati
kita dalam khusnul khotimah. Aaaminnn.
Comments
Post a Comment